Kuala Lumpur - Gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar Barisan Nasional (BN) ditewaskan dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan satu pakatan untuk menjatuhkan gabungan itu, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan berkata, bekas Perdana Menteri itu telah cuba menjatuhkan Presiden Umno dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sekarang niatnya mahu menjatuhkan BN pula.
Tengku Adnan bercakap kepada pemberita di Parlimen di sini, semalam.
Beliau berkata, Umno tidak dapat menerima hal ini.
"Adalah amat jelas beliau kini bersama pembangkang dan beliau mahu membunuh parti," katanya.
Menurut laporan, Dr Mahathir membuat kenyataan itu pada satu majlis di Shah Alam pada Sabtu.
0 comments:
Post a Comment