Pages

Tuesday, May 17, 2016

DULU NAK JATUHKAN NAJIB, SEKARANG NAK BUNUH BN PULA'


Azizah sudah maafkan 'dosa' Tun M?


Kuala Lumpur - Gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar Barisan Nasional (BN) ditewaskan dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan satu pakatan untuk menjatuhkan gabungan itu, kata Setiausaha‎ Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata, bekas Perdana Menteri itu telah cuba menjatuhkan‎ Presiden Umno dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sekarang niatnya mahu menjatuhkan BN pula. 

Tengku Adnan bercakap kepada pemberita di Parlimen di sini, semalam.

Beliau berkata, Umno tidak dapat menerima hal ini.

"Adalah amat jelas beliau kini bersama pembangkang dan beliau mahu membunuh parti," katanya.

Menurut laporan, Dr Mahathir membuat kenyataan itu pada satu majlis di Shah Alam pada Sabtu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor