Helsinki - Media gergasi sosial Facebook memberi ganjaran $10,000 (RM40,049) kepada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Finland selepas berjaya mengodam aplikasi perkongsian gambar Instagram.
Jani yang nama akhirnya tidak didedahkan atas sebab privasi adalah penerima termuda daripada Facebook bagi program 'bug bounty' yang akan memberi ganjaran kepada pengguna yang berjaya mencari pepijat atau kelemahan dalam platformnya.
Facebook berkata, gangguan tersebut telah diperbaiki pada bulan Februari dan ganjaran telah dibayar pada bulan Mac.
Jani, yang masih terlalu muda untuk mempunyai akaun Facebook atau Instagram sendiri berkata, dia belajar pengekodan dari video di YouTube dan menemui satu cara untuk memadam komen pengguna dari akaun Instagram.
"Saya boleh memadam komen pengguna. Walaupun dia adalah Justin Bieber," katanya.
Katanya, dia sedang memikirkan kerjaya dalam keselamatan data, tetapi buat masa ini rancangannya adalah membeli basikal baru dan bola sepak dengan wang ganjaran yang diterimanya itu.
0 comments:
Post a Comment