Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 24, 2016

5 MAUT, PESAWAT 'SKYDIVING' TERHEMPAS


5 maut, pesawat ‘skydiving’ terhempas di Hawaii


Hanapepe - Lima maut pagi semalam selepas pesawat kecil yang membawa penerjun udara itu terhempas, lapor NBC News.

Menurut pihak berkuasa, empat daripadanya disahkan mati di tempat kejadian berdekatan Lapangan Terbang Port Allen di Kauai.

Mangsa kelima iaitu seorang lelaki dewasa yang dipindahkan ke hospital tempatan dilaporkan meninggal dunia selepas itu.

Dalam satu kenyataan, pihak bomba tempatan berkata, pesawat itu dipercayai membawa dua jurulatih, dua penerjun dan seorang juruterbang.

Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Ian Gregor, pesawat satu enjin jenis Cessna 183H berlepas dari lapangan terbang jam 9.30 pagi waktu tempatan dan terhempas tanpa sebab yang jelas.

Kemalangan itu menyebabkan pesawat milik Skydive Kauai tersebut terbakar dan nama-nama mangsa masih belum disahkan pihak berkuasa.

Siasatan ke atas kejadian itu masih dijalankan.


0 comments:

share2