Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 5, 2016

BAKAL MERTUA LAPOR POLIS


Bakal mertua lapor polis


Tampin - Ibu kepada bakal pengantin perempuan yang didakwa lari pada hari sepatutnya membuat majlis perkahwinan tampil membuat laporan polis, petang semalam.

Wanita berusia lingkungan 50- an itu tampil ke Balai Polis Tampin, di sini, selepas merasakan mereka sekeluarga dimalukan, malah turut berhasrat untuk mengemukakan saman malu.

Menurut sumber, wanita berkenaan bagaimanapun menyatakan keluarganya masih bersedia untuk meneruskan pernikahan itu sekiranya kes berkenaan dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.

Menurut sumber lagi, awal Mac lalu, pihak keluarga perempuan sudah memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak keluarga lelaki untuk menangguhkan perkahwinan ke bulan Disember ini, sesuai dengan perjanjian untuk mengikat tali pertunangan dalam tempoh dua tahun.

“Ibu bakal pengantin perempuan berkenaan juga menyatakan sudah menerima wang hantaran sebanyak

RM13,000 dan bukannya sebanyak RM16,000 berikutan baki RM3,000 lagi sudah dimasukkan bakal pengantin lelaki ke dalam akaun anak perempuannya bagi membeli beberapa kelengkapan perkahwinan.

“Pihak keluarga perempuan sudah memaklumkan beberapa kali kepada keluarga pengantin lelaki untuk menangguhkan majlis perkahwinan ke bulan Disember," katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, ketiadaan keluarga berkenaan di rumah adalah disebabkan mereka membantu salah seorang anak berpindah rumah ke daerah lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan.


0 comments:

share2