Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 22, 2016

ANAK HILANG DARI BILIK TIDUR


Anak hilang dari bilik tidur


Melaka - Pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Masjid Tanah didapati hilang dari rumah sejak 18 April lalu dan sehingga kini gagal dikesan ahli keluarga.

Nor Syafiqah Mohd Dahlan, 15, mula disedari hilang pada jam 3 pagi tarikh tersebut oleh kedua ibu bapanya setelah mendapati gadis berkenaan tiada di dalam bilik tidurnya sementara pintu dapur dalam keadaan terbuka.

Menurut bapanya, Mohd Dahlan Zakaria, 39, dia berusaha mencari Nor Syafiqah pada sebelah siangnya termasuk ke lokasi yang sering dikunjungi anak itu serta menghubungi beberapa rakan rapat namun tidak berhasil.

"Akhirnya pada 20 April lalu, saya terpaksa membuat laporan polis mengenai kehilangan anak saya yang merupakan anak sulung dari lima beradik itu di Balai Polis Masjid Tanah kerana bimbangkan keselamatannya.

"Paling menggusarkan apabila dia keluar rumah dengan membawa bersama kad pengenalan ibunya yang mungkin kerana tergesa-gesa telah membawanya secara tidak sengaja," katanya kepada media ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru di sini semalam.

Sementara itu, ibu kepada gadis berkenaan, Nor Muhaira Rashid, 35, berkata, sebelum anaknya didapati hilang tiada sebarang konflik antara mereka sekeluarga kecuali ada memberi teguran tentang kemerosotan pembelajarannya.

‎"Kami hanya menegur tentang kemerosotan pelajarannya sama seperti ibu bapa lain tetapi mungkin dia tidak boleh menerimanya lalu melarikan diri dari rumah.

"Setakat ini, sukar saya hendak ramalkan ke mana dia pergi dan dengan siapa dia pergi sebab langsung tiada sebarang petunjuk tentang lokasi di mana dia berada," katanya.

Nor Muhaira juga merayu supaya anaknya itu dapat pulang semula ke pangkuan keluarga dan bersedia memaafkan kesalahan anaknya sekirnya pulang nanti.

"Keadaan ini telah menyebabkan saya runsing dan sering tidak sihat. Bila bawa ke klinik saya berdepan kesukaran kerana tiada pengenalan diri ekoran telah dibawa oleh Nor Syafiqah.

"Anak kedua kami Muhammad Nor Syukur juga sering pengsan sejak kehilangan kakaknya dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Melaka," katanya.

Beliau turut merayu kepada mereka yang mengenali atau menemui anaknya Nor Syafiqah diharap dapat menghubungi suaminya, Mohd Dahlan di talian 017 6397791 atau menghubungi balai polis terdekat.


0 comments:

share2