Kampar - Seorang warga emas maut ditikam sebanyak enam kali di bahagian dada dalam kejadian di Jalan Hospital di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa Loo Chee Man,61, ditikam oleh suspek selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan tikaman di dada, rusuk kiri dan leher.
"Mangsa menyewa di sebuah flat di sini dan mangsa bertemu dengan suspek di tangga sebelum berlaku pertengkaran.
"Mangsa cuba meminta bantuan orang ramai dengan lari ke kawasan parkir hadapan flat kira-kira 15 meter dari tangga berkenaan sebelum rebah," katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai bermotifkan hutang.
"Mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.
"Gerakan memburu mangsa dijalankan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai berhampiran," katanya.
0 comments:
Post a Comment