Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 24, 2016

PELAJAR BELASAH GURU KERANA DENDAM


Pelajar belasah guru kerana dendam


Shaanxi - Seorang guru dilaporkan cedera selepas dipukul dan dibelasah dua pelajarnya selepas tamat sesi pembelajaran.

Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, dua pelajar terbabit dikatakan berdendam dengan guru yang mengajar mata pelajaran muzik di sekolah mereka.

Mereka kemudiannya menunggu di sebuah lorong yang dilalui oleh guru tersebut selepas tamat mengajar dan mula memukulnya sebaik sahaja terserempak dengan guru terbabit.

Orang ramai yang melihat kejadian cuba menghentikan perilaku ganas pelajar-pelajar itu, bagaimanapun tidak berjaya.

Serangan itu berjaya dirakamkan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Polis menghantar guru itu yang tercedera ke hospital sebelum memanggil ibu bapa kedua pelajar itu ke sekolah.

Difahamkan, pelajar-pelajar itu telah diberi amaran keras akibat salah laku mereka.

Guru itu dilaporkan telah keluar daripada hospital dan kembali mengajar di sekolah terbabit.


0 comments:

share2