Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 26, 2016

[MARAN] DUA TAYAR REMPUH KEDIAMAN IMAM


Dua tayar rempuh kediaman imam


Beberapa jemaah masjid yang sedang menunaikan solat Maghrib tergamam melihat dua tayar sebuah treler bergolek laju memasuki pintu pagar masjid sebelum merempuh dinding kediaman seorang imam di Masjid Kampung Luit di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 7.30 malam itu, sebuah treler sedang melalui masjid berkenaan yang terletak di hadapan jalan lama Kuantan-Maran.

Sebaik menghampiri masjid, dua tayar bahagian tengah kenderaan berat itu dipercayai tercabut apabila besi penyambung tayar patah, lalu bergolek laju ke bahu jalan dan memasuki pintu pagar masjid.

Tayar itu kemudiannya merempuh kuat dinding rumah imam yang terletak di dalam kawasan masjid sehingga menyebabkan kerosakan teruk.

Imam 1 Masjid Kampung Luit, Mohd Bukhari Mohd Amin, 30, berkata, ketika kejadian beliau sekeluarga tidak berada di rumah atau mengimamkan solat Maghrib kerana dalam perjalanan pulang dari Kuantan.

Menurutnya, beliau dihubungi seorang jemaah yang memaklumkan bahawa rumahnya dilanggar lori.

“Saya memang terkejut dan macam tak percaya tetapi tidak lama kemudian remaja itu telefon semula dan beritahu rumah kena langgar tayar lori pula.

“Saya difahamkan semasa kejadian, jemaah masjid baru memulakan rakaat pertama dan beberapa jemaah lain ada yang baru sampai untuk sama-sama solat berjemaah.

“Sememangnya yang menyaksikan kejadian itu tergamam kerana dua tayar bercantum itu bergolek melepasi pintu masjid dengan laju,” katanya.

Mohd Bukhari berkata, rumah tersebut merupakan kediaman rasmi imam Masjid Kampung Luit.

Beliau berkata, jumlah kerugian akibat kerosakkan dialami dianggarkan sebanyak RM20,000, membabitkan tingkap, dinding dan perkakas di bahagian ruang tamu rumah berkenaan.

Difahamkan, pemandu terbabit sempat memberhentikan trelernya sebaik melihat dua tayar tercabut dan memotong kenderaan berat itu.


0 comments:

share2