Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 4, 2016

KOREA UTARA ARAH PELURU BERPANDU SIAP SEDIA




Seoul: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, mengarahkan peluru berpandu negara itu bersiap sedia untuk dilancarkan pada bila-bila masa, dalam retorik terbaru berikutan persetujuan dicapai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersartu (PBB) yang mengenakan sekatan baru ketat ke atas Pyongyang. 

"Peledak peluru nuklear perlu diletakkan dalam keadaan bersiap sedia supaya boleh ditembak pada bila-bila masa," Kim dipetik sebagai berkata agensi berita KCNA. 

Kim juga memberi amaran keadaan di semenanjung Korea menjadi sangat bahaya kerana Korea Utara perlu menukar strategi ketenteraannya kepada unit untuk melancarkan serangan awal. 

Sementara di Washington, Pentagon memandang ringan ancaman berkenaan. 

"Penilaian kerajaan Amerika Syarikat tidak berubah. Kami tidak melihat Korea Utara menguji atau menunjukkan kemampuan mengecilkan saiz senjata nuklear dan meletakkan ia pada peluru berpandu balistik antara benua (ICBM)," kata seorang pegawai pertahanan. 

Namun, katanya, tentera Amerika bersedia menangkis serangan jika perlu.

0 comments:

share2