Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 28, 2016

GUAN ENG PERLU ATASI ISU BUKAN ALIH PERHATIAN


Khairy Jamaluddin


Permatang Pauh - Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng diminta tidak mengalihkan isu berhubung pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, Georgetown sebaliknya harus mengatasinya dengan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan. 

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata sebagai pemimpin, Guan Eng tidak sepatutnya sentiasa menuding jari menyalahkan pihak lain setiap kali menghadapi masalah. 

"Tindakan Guan Eng mengalihkan isu terbabit dengan menyerang pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah," kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan. 

"Saya sendiri tidak pernah mengalihkan isu dengan menyalahkan pihak-pihak lain khususnya DAP dan PKR dalam kes membabitkan pegawai di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang dipercayai menyelewangkan dana bernilai RM100 juta. 

"Saya tampil menyatakan komitmen bagi menyelesaikan isu berkenaan dan bertanggungjawab dalam memastikan mereka yang bersalah diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada," katanya kepada selepas merasmikan Liga Anak Muda Permatang Pauh di sini, semalam.

Jumaat lalu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Koon Yeow berkata, pembelian banglo Guan Eng dan kaitannya dengan tanah Taman Manggis merupakan serangan peribadi semata-mata. 

Sementara itu, Khairy berkata pasukan petugas bebas audit yang ditubuhkan akan memulakan tugas mereka mulai esok bagi menjalankan kerja-kerja audit membabitkan penyelewengan dana sebanyak RM100 juta itu. 

Pegawai yang disyaki terlibat dalam isu itu telah dikeluarkan daripada kementerian itu mengikut prosuder Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sementara siasatan dijalankan. 

"Bagi mengelak masalah ini daripada berulang, prosuder yang dilihat lemah sehingga membolehkan penyelewengan dilakukan supaya diberi perhatian dan dimantapkan," katanya.


0 comments:

share2