Tindakan seorang pengguna Facebook memuat naik gambar seorang lelaki dengan kapsyen dakwaan tidak benar menyebabkan mangsa kini terpaksa menanggung malu dan maruahnya telah ‘tercalar’.
Mangsa dikatakan kononnya merupakan salah seorang dari anggota kumpulan pecah rumah sedang meninjau salah sebuah rumah untuk dirompak dan bergiat aktif beberapa kawasan perumahan di Sungai Petani, Kedah.
“Ini adalah seorang dari kumpulan pecah rumah, kawasan Sungai Pasir, Taman Semarak dan Pasir Mas yang datang meninjau salah sebuah rumah tanpa menyedari tuan rumah berkenaan telah merakam gambarnya. Beringat semua pemilik rumah,”kata Ahmadzaini Zaini yang memuat naik gambar itu.
Menyedari gambar dirinya menjadi bualan netizen, lelaki tersebut yang menggunakan nama Boy Espiey Putrra, tampil di media sosial bagi menafikan fitnah yang tidak berasas itu.
“Aku pergi sana nak tengok kereta untuk dijual, bukannya nak pergi pecah rumah, menyamun apa bagai.
“Aku tak tahu rumah owner kereta honda itu. Bila aku jalan, aku ternampak kereta honda yang bagi aku mungkin itu rumah dia. Lalu aku pun bagilah salam dan tanya ada call tak tadi sebab owner itu ada call aku. Tak sangka pula aku dituduh sebegini rupa.
“Aku dah malu, maruah aku nak letak di mana? Keluarga aku, kawan-kawan serta orang sekeliling, apa pandangan mereka pada aku? Aku dah hilang segala-gala keranapost ini tahu tak?
“Aku sedar aku orang susah, hanya ada motosikal sahaja. Tetapi janganlah buat tanggapan sebegitu rupa terhadap penunggang motosikal. Aku manusia, bukannya anjing,” katanya.
Bagaimanapun beliau redha dengan apa yang berlaku dan berserah kepada Allah.
Bagi kami adalah sebaiknya membuat laporan polis terlebih dahulu untuk disiasat sebelum menyebarkan sesuatu perkara kerana ia dikhuatiri akan berlakunya fitnah.
0 comments:
Post a Comment