Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 21, 2016

ADENAN MENGHADAP TAIB DALAM MASA TERDEKAT


Adenan Satem


Shah Alam – Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN 11) Sarawak dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat setelah Ketua Menterinya, Tan Sri Dr Adenan Satem memaklumkan akan menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud tidak lama lagi.

Adenan yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat terperinci berhubung pertemuan yang bakal diadakan tersebut.

"Selepas ini, saya akan menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud bagi menasihati beliau pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak lama lagi.

"InsyaALLAH saya berkeyakinan bahawa BN akan mendapat kemenangan melebihi majoriti mudah dalam PRN-11 nanti," katanya seperti yang dipetik oleh Astro Awani.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai PRN Sarawak, Adenan memaklumkan bahawa manifesto manifesto BN kini sedang dimuktamadkan dan akan dikeluarkan selepas pembubaran Dun nanti

"Saya boleh mengatakan bahawa mereka yang menentang BN sebelum ini akan kembali semula kepada kami," katanya.

Sebelum ini, Adenan mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tarikh 18 April depan sebagai hari penamaan calon dan 30 April pula adalah hari mengundi.

Bagaimanapun, keputusan mengenai tarikh penting itu terletak di bawah bidang kuasa SPR.


0 comments:

share2