Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 23, 2016

33 ORANG TARIK DIRI TUNAI HAJI SEBAB PERSEPSI


33 orang tarik diri tunai haji sebab persepsi


Bangi - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan terdapat 33 orang pendeposit Tabung Haji (TH) menarik diri daripada giliran menunaikan haji kerana percaya dengan persepsi tidak benar terhadap institusi itu.

Menurut beliau, empat daripadanya hanya perlu menunggu dalam lingkungan empat tahun sebelum dapat menunaikan haji.

"Ada yang tarik diri kerana dia yakin TH tak mampu untuk tampung dia pergi haji. Malah ada yang nak minta duit kembali.

"Sedangkan saya dimaklumkan oleh TH, kena tunggu 82 tahun untuk pergi haji kalau daftar sekarang. Jadi inilah persepsi dan keganasannya," katanya ketika menjadi ahli panel dalam Bicara Persada bertajuk Keganasan Persepsi: Cabaran Terhadap Perpaduan Ummah di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut beliau, TH telah menjadi mangsa persepsi dan fitnah sehingga menjejaskan kepercayaan pendepositnya.

"Dalam kess TH telah dibina satu persepsi kononnya TH berdepan masalah kewangan yang meruncing. Aset TH dikatakan tidak cukup untuk bayar pendeposit.

"Akhirnya masyarakat percaya sehingga ada yang tanya kepada saya kenapa tak jelaskan. Minggu depan saya akan buat pengumuman untuk buktikan kita punyai keuntungan lebih RM60 bilion," katanya.


0 comments:

share2