Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 20, 2016

[KUANTAN] POLIS LUPUS 1758 MESIN JUDI BERNILAI RM527,400


Polis lupus 1758 mesin judi bernilai RM527,400


Polis Daerah Kuantan melupuskan barang kes berupa mesin judi bernilai RM527,400 yang membabitkan 1,758 komputer perjudian hasil tangkapan sejak tahun 2008 hingga 2014.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata,mesin perjudian tersebut merupakan komponen komputer yang melibatkan 132 kes telah berjaya diselesaikan hasil serbuan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, proses pelupusan mesin judi itu adalah yang pertama pada tahun ini dalam tempoh 2008 hingga 2014.

“Kesemua tangkapan dibuat berdasarkan tiga seksyen iaitu, Seksyen 4 B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu yang berurusan atau menjalankan transaksi perjudian.

“Keduanya di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu mereka yang berjudi dalam rumah judi tersebut. Akhir sekali Seksyen 4 (1) Enakmen Hiburan iaitu premis yang tiada lesen membuka pusat hiburan,”katanya.

Abdul Aziz berkata, selain daripada tiga seksyen ini, tindakan juga dilaksanakan oleh Majlis Perbadaran Kuantan (MPK) yang telah membuat tindakan mengenakan kompaun dan menyita premis perjudian haram berkenaan.

“Barang kes yang dilupuskan ini telah berjaya diselesaikan dan mendapat perintah mahkamah untuk dilupus,”katanya kepada pemberita ketika Majlis Pelupusan Barang Kes Mesin Perjudian Komputer di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini.

Pihak polis juga telah memaklumkan kepada MPK tempat-tempat yang disenaraikan untuk diambil tindakan pembatalan lesen yang telah melanggar syarat perlesenan premis.

Menurut Abdul Aziz hanya Pusat Hiburan Keluarga (PHK) sahaja yang telah mendapat kelulusan dengan pemantauan daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata, polis sentiasa memantau secara dekat sebarang aktiviti perjudian untuk mengekang kegiatan perjudian haram di negeri ini.


0 comments:

share2