Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 1, 2016

[KUANTAN] IBU TUNGGAL DAPAT BANTUAN


Ibu tunggal dapat bantuan


Kehidupan ibu tunggal yang menyara 11 anak dan tinggal di rumah usang di Kampung Jawa, di sini, kini terbela selepas menerima jaminan bantuan RM450 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Pegawai JKM Daerah Kuantan, Hamazah Mohamad berkata, bantuan itu diberi selepas K Shanti, 47, membuat permohonan bantuan itu.

“Ini jumlah maksimum yang boleh kita salurkan kepadanya setiap bulan bagi meringankan bebannya, terutama dalam membesarkan anak-anaknya.

“Kita harapkan bantuan ini dapat digunakan sebaiknya dalam memenuhi keperluan harian dan anak-anaknya,” katanya selepas menyampaikan wang bantuan pertama di rumah wanita itu, semalam.

Katanya, Shanti sememangnya layak menerima bantuan itu kerana dia dan keluarga benar- benar miskin tambahan pula Shanti mempunyai seorang anak yang menderita akibat penyakit kronik.

Sementara itu, Shanti, berkata dia lega mendapat bantuan itu dan harap keperitan hidupnya berkurangan.


“Saya tak sangka nasib akan berubah selepas kisah saya disiarkan dalam akhbar Sinar Harian,” katanya.

Dia bercadang menggunakan bantuan untuk kepentingan anak-anaknya.

Sejak suaminya, V Sangaran meninggal akibat serangan jantung tiga tahun lalu pada usia 47 tahun, anak keduanya, S Suresh, 22, menyara kehidupan keluarga, dengan menjadi pekerja kontrak di pasar borong.


0 comments:

share2