Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 21, 2016

[KUANTAN] CURI MOTOSIKAL MAKIN BERLELUASA


Curi motosikal makin berleluasa


Tahap keselamatan kawasan letak motosikal di kebanyakan pusat beli-belah di bandar ini masih rendah.

Rata-rata kes kecurian yang berlaku lebih banyak membabitkan jenis motosikal kategori ‘panas’ seperti Yamaha RXZ, Honda EX5 dan Yamaha 125 walaupun dikunci menggunakan kunci tambahan.

Pekerja swasta, Muhammad Faiz Sharudin, 29, berkata, kedudukan tempat letak motosikal berbeza di setiap pusat beli-belah dan tidak semua menyediakan kemudahan tempat mengunci tayar.

Menurutnya, terdapat kawasan disediakan berdekatan pintu masuk yang menjadi laluan orang ramai, malah ada pula yang agak jauh dan lengang.

“Kawasan letak motosikal kebiasaan mencukupi walaupun waktu puncak atau cuti hujung minggu namun kes kecurian sukar dielak terutama membabitkan jenis motosikal tumpuan.

“Jika motosikal jenis biasa-biasa, kurang risiko kena curi tetapi topi keledar pula jadi sasaran.

“Memang sukar atasi masalah ini sebab selalunya tiada pengawal keselamatan dan semuanya atas risiko pemilik motosikal itu sendiri,” katanya.

Muhammad Faiz berkata, pemilik motosikal disarankan supaya menggunakan kunci tambahan berkualiti atau mempunyai bunyi penggera bagi mengurangkan risiko kecurian.

Sementara itu, bagi Shamirol Mohamad, 23, kedudukan kawasan letak motosikal yang tidak strategik menyebabkan pemilik meletakkan motosikal mereka di tempat lain yang dirasakan selamat termasuk mengambil petak untuk kereta.

Menurutnya, motosikal merupakan harta benda yang kerap dicuri tanpa mengira masa malah kebanyakan kawasan tidak mempunyai CCTV.


0 comments:

share2