Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 6, 2016

JARI TERSEPIT HINGGA NAMPAK TULANG


Jari tersepit hingga nampak tulang


Bandaraya Melaka - Jari seorang pekerja Myanmar cedera parah dilenyek mesin pencetak apabila tangan kirinya tersepit di dalam mesin berkenaan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Krubong di sini, petang semalam.

Mangsa, Aung Phyo Thu, 19, difahamkan sedang bekerja di bahagian mesin berkenaan apabila tangan kirinya tersepit di celah ‘roller’ mesin pencetak itu dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang semalam.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Hairul Nizam Ridhuan berkata, sepasukan anggota bomba termasuk unit Kecemasan, Perubatan, Tindak Balas dan Perkhidmatan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu telah dikejarkan ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

"Anggota bomba terpaksa mengambil masa hampir setengah jam untuk membantu membebaskan tangan mangsa dari mesin berkenaan.

"Kecederaan yang dialami mangsa agak serius di mana jari sehingga pergelangan tangan kirinya cedera teruk sehingga nampak tulang," katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.


0 comments:

share2