Shah Alam - Pengarah Komunikasi Strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Rohaizad Yaakob berkata adalah menjadi kebiasaan untuk merujuk sesuatu kes kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).
Katanya oleh itu, keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengarahkan SPRM agar menutup kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dirujuk kepada PPO adalah amalan biasa.
"Justeru tindakan merujuk kes Perdana Menteri kepada panel ini adalah satu proses biasa dan tidak sepatutnya ditafsir sebagai menolak keputusan yang diputuskan Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan medianya semalam.
Dalam pada itu, Rohaizad berkata selain itu, SPRM turut menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang dibuat oleh mana-mana individu bukanlah pandangan rasmi SPRM.
Terdahulu, SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan tersebut dicapai menerusi satu mesyuarat khas Pengurusan Tertinggi SPRM semalam.
Semalam, Sinar Harian melaporkan, Peguam Negara mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait tiga kertas siasatan melibatkan dana RM2.6 bilion dan kes SRC International yang dikemukakan SPRM.
0 comments:
Post a Comment