Melbourne - Sekurang-kurangnya tiga terbunuh selepas sebuah pesawat kecil terhempas ke dalam air di selatan Melbourne, Australia, kata polis.
Pesawat enam tempat duduk, terhempas di Barwon Heads, semenanjung Victoria Bellarine, kira-kira 25km selatan Geelong.
Polis Victoria, punca kejadian masih belum diketahui tetapi cuaca teruk dilaporkan berlaku pada waktu kejadian.
Perkhidmatan kecemasan telah dihantar ke kawasan itu, termasuk dua ambulans udara dan bot pengawal pantai.
Polis kemudian berkata, tiga orang telah ditemui mati namun tidak dapat dipastikan jumlah penumpang yang berada di atas pesawat semasa kejadian.
0 comments:
Post a Comment