Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 31, 2016

POLIS CARI LIMA LELAKI


Polis cari lima lelaki


Kuala Lumpur - Polis memburu lima suspek bagi membantu siasatan berhubung tiga kes berasingan melibatkan dua kes bunuh dan rusuhan di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul, R Munusamy berkata, kes pertama melibatkan kematian seorang lelaki yang mati ditikam di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur, 14 Januari lalu.

"Polis mengesan dua individu dikenali sebagai Rashid dan Shofiullah Mohd Tahir, warganegara Myanmar terbabit dalam kes berkenaan.

“Kedua-duanya berusia 30-an dan alamat terakhir di Pasar Borong Kuala Lumpur, kedua-duanya dipercayai telah melarikan diri,’ katanya.

Menurutnya, kes kedua melibatkan kematian seorang lelaki di tingkat lima, kompleks membeli belah Brem Mall, Jalan Kepong di sini, 19 Januari lalu.

"Polis mengesan dua individu dikenali sebagai Lim Hock Lai, 43 dan Chai Mun Chong, 21.

“Alamat terakhir kedua-dua suspek di Bandar Damansara Perdana dan Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya,” katanya.

Munusamy berkata, bagi kes ketiga, polis mengesan seorang suspek dipercayai terlibat dalam rusuhan di Pasar Borong Kuala Lumpur, 25 Januari lalu.

“Suspek dikenali sebagai M Gunasegaran, 22,” katanya.

"Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kelima-lima suspek ini menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul menerusi 03-40482206 atau 03-40482207 bagi membantu siasatan," katanya.


0 comments:

share2