Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 2, 2016

PASANGAN SUAMI ISTERI PUTIH MATA 'HILANG' £35 JUTA




Akibat masalah terjadi kepada sistem pembayaran atas talian, sepasang suami isteri di Fleetwood, Lancashire, England terpaksa ‘berputih mata’ apabila nombor ramalan dipilih mereka tidak dapat disahkan kesahihan pembayarannya.

Pada mulanya, pasangan Edwina, 55; dan suaminya David Nylan, 60; sangat teruja serta terkesima apabila nombor dipilih mereka 01-02-04-19-28-41 dipilih sebagai pemenang hadiah utama bernilai £35,410,340 (RM225,132,700).





Namun segala ‘mimpi indah’ ini berubah sekelip mata apabila pihak Camelot (syarikat loteri terkenal di England), menyatakan bahawa transaksi yang dilakukan oleh pasangan ini sebagai tidak sah.

Edwina menceritakan kepada pihak media tempatan bahawa dia dan suami telah melakukan transaksi atas talian bernilai £2 (RM12.72) dan memilih nombor berkenaan.

Bagaimanapun pasangan itu dimaklumkan bahawa baki dalam akaun telefon mereka tidak mencukupi, lantas kedua-duanya terus menambah nilai akaun mereka bagi membeli nombor ini.

Setelah berjaya melakukan proses tambah nilai, mereka berhasil mendapatkan nombor ini, tetapi selepas nombor ini diumumkan sebagai pemenang, pihak Camelot menyatakan mereka tiada menerima sebarang transaksi daripada Edwina dan suaminya.

Walau bagaimanapun, mungkin ada sinar harapan buat pasangan ini kerana pihak Camelot akan melakukan siasatan dengan pihak IT jabatan mereka.

Ini bagi menyemak semula segala transaksi atas talian pada tarikh pasangan ini membeli nombor berkenaan.


0 comments:

share2