Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 3, 2016

[KUANTAN] REMAJA AKTIF LUMPUH AKIBAT DEMAM PANAS


Remaja aktif lumpuh akibat demam panas


Daripada seorang remaja yang aktif, kini Muhammad Khairul Syawal, 22, hanya mampu terlantar di tilam selepas mengalami demam panas ketika usia 16 tahun.

Demam panas yang dialaminya itu meragut usia mudanya dan kini dirinya diuruskan sepenuhnya oleh ibu tersayang, Jamilah Sohor, 53.

Jamilah berkata, anak bongsunya terus lumpuh sebaik mengalami demam panas dan terlantar sehingga hari ini.

“Hati ibu mana yang tak sedih tengok anak lelaki yang dulunya aktif di sekolah sekarang dah tak mampu nak buat apa-apa.

“Segala keperluan diri dia diuruskan sepenuhnya oleh saya. Setiap pagi saya akan lap badan dan suapkan makanan kepada dia,” katanya yang tinggal di Kampung Sungai Ular Darat, di sini.

Ibu tunggal tujuh anak itu berkata, dia reda dengan keadaan anaknya memandangkan tiada lagi usaha dari segi perubatan untuk mengubatinya.

Katanya, dia hanya berikhtiar dengan memberikan makanan sunnah seperti Habbatus Sauda kepada anaknya.

“Selebihnya saya hanya harapkan keajaiban daripada ALLAH SWT. Tapi, saya bernasib baik sebab bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 bantu ringankan perbelanjaan keperluan untuk beli lampin pakai buang dan barang lain,” katanya.

Jamilah berkata, dia yang kurang sihat selepas mengalami kemalangan motosikal dua tahun lalu kini tidak mampu bekerja.

Katanya, dia hanya mampu membuat kuih dan dijual oleh dua anaknya untuk menyara keluarga.


0 comments:

share2