Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 17, 2016

[KUANTAN] PENEROKA DITIPU LELAKI LAGAK ALIM


Kuantan - Seorang peneroka kerugian sebanyak RM3,000 selepas terpedaya dengan helah seorang lelaki yang menawarkan bantuan untuk merawat kakaknya dan menyelesaikan masalah adik iparnya.

Mangsa, Rumlah Deraman, 58, berkata, dia ditipu lelaki lingkungan 50an terbabit yang mendakwa dirinya seorang ustaz dan pengamal perubatan tradisional.

Menurutnya, selain mengaku pernah berkhidmat dalam istana, individu itu juga mengaku mempunyai adik bergelar Datuk.

Rumlah berkata, mereka berdua bertemu di sebuah kedai makan di bandar ini sebelum dia membawa lelaki berkenaan ke rumah kakaknya di Gambang, yang diserang angin ahmar sejak dua tahun lalu.

Katanya, selepas melihat keadaan kakak dan mendengar masalah adik iparnya, lelaki berkenaan meminta wang sebanyak RM2,000.

“Ustaz itu juga ada kata dia boleh bantu dapatkan rumah untuk kakak yang terlantar sakit sebab ada kekosongan di Taman Datuk Rashid, kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuantan,” katanya, di sini.

Percaya dengan kata-kata lelaki itu, Rumlah berkata, dia  terus menyerahkan salinan kad pengenalan dan wang RM2,000 yang didakwa akan dijadikan sebahagian daripada pembayaran bagi rumah tersebut.

Katanya, dia lebih yakin kerana lelaki itu memberitahu sebahagian wang diterima akan disedekahkan bagi membeli van jenazah untuk Hospital Pekan.

Menurutnya, selepas tiga kali bertemu dengan lelaki yang mengaku dari Kemaman, Terengganu itu,  dia turut menyerahkan sebentuk cincin berharga RM1,000 untuk perubatan tradisional.

Rumlah berkata, selepas pertemuan pada awal Disember lalu, lelaki berkenaan gagal dihubungi.

“Sampai hati dia tipu kami dengan status orang alim. Kesemua duit saya lesap begitu sahaja,” katanya.

Rumlah berkata, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Sumber

0 comments:

share2