Kuantan - Sepuluh pasangan pengantin baru yang bersanding di Dewan Arabian Bukit Gambang Resort menyimpan momen indah dalam perkahwinan mereka kerana ditepung tawar oleh Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang.
Baginda berdua berkenan menghadiri majlis Majlis Perkahwinan Perdana anjuran Parlimen Paya Besar di Gambang Resort, di sini, kelmarin.
Bagi pasangan, Azrul Rashedan Abdul Rashid Boon Ma, 24, dan Farra Hanis Mohd Khairuddin, 21, persandingan mereka akan menjadi kenangan seumur hidup kerana Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli memeriahkan majlis itu.
“Majlis perkahwinan kami lebih bermakna apabila kami ditepung tawar oleh Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang sudah tentu ia akan menjadi kenangan seumur hidup,” katanya.
Menurutnya, dia dan Farra Hanis bersyukur dan gembira kerana terpilih untuk menyertai majlis perkahwinan beramai-ramai itu.
“Kami bercadang melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan ini namun selepas dimaklumkan mengenai program perkahwinan perdana ini, kami teruja menyertai bersama yang lain,” katanya.
Menurutnya,program seperti itu dapat membantu bakal pengantin terutamanya golongan muda dalam keadaan ekonomi tidak stabil terutamanya dalam menampung kos kenduri yang memerlukan belanja besar.
Katanya, dia hanya membelanjakan sebanyak RM3,000 untuk kos hantaran, pakaian serta beberapa keperluan lain dan jumlah itu jauh lebih rendah berbanding anggaran asal.
Lebih menarik, katanya, kesemua pasangan turut diberikan penginapan di resort ini selama dua hari secara percuma.
Lebih 2,000 tetamu termasuk ahli keluarga meraikan pengantin selain persembahan artis popular.
Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, program itu bertujuan membantu pengantin muda serta keluarga mereka meringankan beban mengadakan majlis perkahwinan.
“Kita akui ada keluarga yang kurang berkemampuan untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam keadaan ekonomi kini dan cara terbaik ialah menanggung kos majlis ini.
“Mereka hanya menyediakan sendiri, mas kahwin, hantaran serta baju pengantin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perkahwinan itu.
Selain itu, katanya, sebelum menganjurkan majlis perkahwinan ini, pihaknya telah menganjurkan kursus pra perkahwinan yang disertai hampir 650 bakal pengantin di kawasan Parlimen itu.
Sumber

0 comments:
Post a Comment