KUALA LUMPUR, - Tiada siapa dapat menyangkal sumbangan dan jasa Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang begitu sinonim dan dekat di hati warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), khususnya golongan peneroka.
Bakti dan sumbangan Perdana Menteri kedua Malaysia dalam usaha menubuhkan Felda untuk membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat bagi tujuan pembangunan, lebih 50 tahun lalu bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan masyarakat luar bandar bahkan meningkatkan taraf hidup golongan itu sehingga hari ini.
Kini, selepas 40 tahun pemergian Allahyarham Tun Razak pada tanggal 14 Jan 1976, Felda yang lebih dikenali sebagai legasi Tun Razak terus menjadi kebanggaan dan pembakar semangat warganya untuk terus bersaing dan mengorak langkah dalam pelbagai lapangan seiring perubahan semasa.
Felda ditubuhkan pada 1 Julai, 1956 atas inisiatif Allahyarham Tun Razak antaranya bagi membantu golongan miskin dan membangunkan kawasan luar bandar serta meningkatkan ekonomi negara melalui eksport getah dan minyak kelapa sawit.
Rancangan pertama Felda, yang bermula di rimba Lembah Bilut, Pahang, kini sudah berkembang dengan 317 tanah rancangan di seluruh negara, dan menempatkan hampir dua juta keluarga peneroka.
BERPANDANGAN JAUH
Mengakui kejayaan Felda, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Samsudin Othman berkata kejayaan yang dikecapi Felda hari ini adalah hasil daripada sikap berpandangan jauh Bapa Pembangunan Malaysia itu.
Katanya usaha Allahyarham Tun Razak membela nasib orang Melayu dengan memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai tanah sehingga hari ini telah melahirkan seramai 112,635 peneroka yang jika dicampur bilangan anak dan isteri, menjadikan jumlah keseluruhan warga keluarga peneroka Felda mencecah dua juta orang.
"Alhamdulillah, daripada 112,635 peneroka yang memiliki kebun 10 ekar (bersamaan 4.05 hektar) seorang, tiada seekar pun tanah mereka yang tidak berhasil. Ini semua disebabkan faktor pengurusan Felda yang cekap dan amanah.
"Selain itu, taraf hidup peneroka hari ini juga amat membanggakan. Walaupun tidak bergelar jutawan kehidupan golongan peneroka selesa jika dibandingkan dengan masyarakat kampung yang lain," katanya kepada Bernama.
KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN
Mengulas lanjut, Samsudin, yang juga Naib Pengerusi Gabungan JKKR Johor Bahru, berkata Felda sendiri mencatatkan perkembangan pesat dan membanggakan apabila berjaya memiliki hartanah di London, membina hotel di Makkah, membuka restoran dan memasarkan produk makanan Felda iaitu D'saji Felda di luar negara di samping pelbagai kejayaan lain.
Keupayaan Felda meneroka dan meraih peluang dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negara membuktikan kejayaan legasi Tun Razak itu di persada dunia, namun dalam masa sama tidak mengabaikan kebajikan warga peneroka khususnya dalam aspek pertanian.
"Selaku warga peneroka, kami bersyukur dan berterima kasih kepada Allahyarham Tun Razak atas keprihatinan dan ilham beliau yang pada hari ini menghasilkan kejayaan yang membanggakan kepada sebahagian besar masyarakat bumiputera khususnya orang Melayu.
"Tanpa Felda, tiadalah peneroka dan tanpa peneroka tiadalah Felda kerana kedua-duanya saling memerlukan dan berkait rapat antara satu sama lain. Sejak dahulu sehingga hari ini, Felda tidak pernah menyingkirkan golongan peneroka seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang sengaja mewujudkan suasana tidak harmoni antara Felda dan golongan peneroka," katanya.
TARAF PENDIDIKAN
Mengulas perkara sama, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia Anuar Abd Manap menyifatkan peluang mendapat pendidikan yang lebih baik adalah antara sumbangan Allahyarham Tun Razak melalui legasi Felda kepada masyarakat, khususnya golongan belia dan anak-anak muda.
Katanya menerusi bantuan daripada segi kewangan untuk anak-anak peneroka melanjutkan pengajian di peringkat universiti, ia bukan sahaja mampu menggalakkan mereka untuk lebih giat berusaha memperbaiki taraf hidup keluarga, bahkan turut melahirkan generasi pelapis Felda, yang akan menggantikan kepimpinan sedia ada di dalam sistem rancangan Felda itu sendiri.
Menyifatkan Felda sebagai sebuah kapal besar yang membawa pelbagai muatan termasuk manusia berbeza ragam, Anuar berkata Felda memerlukan kerjasama setiap individu bagi memastikan 'kapal FELDA' itu berjaya sampai ke destinasi dituju.
"Setiap warga Felda mempunyai peranan dalam membentuk rangkaian Felda itu sendiri. Sejauh mana anak-anak peneroka menggunakan peluang dan ruang yang disediakan untuk mereka boleh lihat di kebanyakan tempat dalam tanah rancangan itu sendiri.
"Peluang dan aktiviti yang disediakan untuk anak-anak Felda memang banyak cuma sejauh mana mereka tahu menggunakan peluang yang ada untuk dimanfaatkan sebaiknya. Peluang dan kelebihan yang diperoleh oleh warga Felda ini turut memberi faedah kepada penduduk sekitar tanah rancangan berkenaan," katanya merujuk kepada program dan aktiviti seperti kelas tambahan.
LEGASI YANG DIKAGUMI
Menyentuh peranan Felda pada hari ini, Anuar, yang juga Anggota Parlimen Sekijang, Johor berkata ia tidak lagi terhad dalam memperjuangkan nasib golongan miskin luar bandar semata-mata, sebaliknya bertanggungjawab meneruskan kesinambungan kejayaan Felda untuk manfaat generasi akan datang.
Tidak bermaksud Felda perlu melupakan peranan asalnya, Anuar menjelaskan perubahan dan agenda transformasi negara memerlukan Felda bergerak seiring dengan pembangunan semasa.
"Felda harus bijak meneroka potensi dan peluang yang ada. Untuk itu, Felda perlu lebih fokus dalam melaksanakan amanah termasuklah meneliti pelaburan yang dibuat bagi mengembalikannya sebagai sebuah entiti dikagumi.
"Jika perlu, buat penstrukturan semula untuk mengkaji kelemahan dan kesilapan terdahulu. Selain mengambil berat pembangunan sosial, kebajikan peneroka dan generasi baharu perlu dijaga termasuklah mewujudkan peluang baharu yang konsisten untuk melahirkan lebih ramai peneroka moden yang berpengetahuan," katanya.
Pemergian Allahyarham Tun Razak akibat penyakit leukemia pada usia 53 tahun adalah suatu kehilangan besar bukan sahaja buat warga peneroka yang terhutang budi dan jasa kepada beliau. Bahkan seluruh rakyat akan terus mengenang sumbangan dan bakti Allahyarham Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang berjaya membawa pembangunan ekonomi serta perpaduan rakyat.

0 comments:
Post a Comment