Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 3, 2016

ANUGERAH 'DATUK' BUAT ARKA LEBIH BERSEMANGAT


Abdul Rani Kulup Abdullah


Shah Alam - Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, beliau kekal bersemangat untuk meneruskan aktivitinya sebagai 'Raja Repot' walaupun dihina selepas dianugerahkan pangkat 'Datuk' oleh Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka', baru-baru ini.

Mengakui anugerah yang diterimanya tidak diiktiraf dari segi undang-undang, Abdul Rani berkata, sekurang-kurangnya ada pihak menghargai sumbangannya selama ini.

"Walaupun dihina semangat ayah tidak pernah luntur, sebenarnya sebagai satu sudut pandang ada orang pandang kita buat kerja," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Baru-baru ini, Abdul Rani menerima gelaran 'Datuk Paduka Mahkota Melaka' dalam satu acara yang diadakan pada Isnin lalu.


0 comments:

share2