Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 22, 2015

TIMBUNAN BAUKSIT DIRAGUI

Timbunan bauksit diragui



KUALA TERENGGANU – Tiga lokasi stockpile (timbunan) bauksit di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong perlu diberi perhatian dan tindakan oleh pihak berkuasa kerana ia beroperasi di lokasi yang diragui, malah menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang ramai.

Adun Chukai, Hanafiah Mat berkata, timbul kemusykilan kerana tiga lokasi bagi timbunan sementara mineral di kawasan itu dilihat beroperasi tanpa sebarang pengawasan dan mengganggu penduduk setempat.

Menurutnya, walaupun kerajaan negeri telah mengeluarkan kenyataan tegas mengenai isu itu, maklumat yang diberikan diharap dapat diberi perhatian dan tindakan.

“Tiga lokasi dengan jarak antara setiap satu kawasan sekitar 600 hingga 800 meter ini tidak boleh dimasuki, sebab itulah timbul pertanyaan dari segi lesen yang dikeluarkan bagi aktiviti perlombongan di situ.

“Memandangkan bidang kuasa tanah ini di bawah kerajaan negeri, kita harap kerajaan negeri melalui menteri besar atau tuan tanah dapat hentikan aktiviti penyewaan tempat ini bagi aktiviti perlombongan itu,” katanya.

Hanafiah berkata, sekiranya tanah itu disewa, penyewa sepatutnya memohon permit dengan majlis perbandaran untuk membuat sebarang aktiviti di atas tanah itu.

“Kita minta kerajaan negeri tarik balik lokasi mengeksport bauksit ini memandangkan pangkalan ini berada di bawah kerajaan negeri, tambahan pula, bauksit daripada Kuantan juga masuk ke kawasan ini.

“Kalau kita lihat, hari ini hampir ratusan lori keluar masuk untuk aktiviti bauksit ini malah laluan dari Jabur, Perasing hingga ke Kemaman setiap hari dipenuhi lori mengangkut bauksit. Ini yang menimbulkan kemarahan masyarakat setempat seperti di Felda Neram,” katanya.





0 comments:

share2