Hawaii - Hajat seorang pemuda 'berani mati' terjun dengan bergaya di sebuah air terjun berakhir dengan 14 tulang rusuknya patah dan cedera di kepala, baru-baru ini.
Menurut Metro UK, Shane Brown, 24 bernasib baik kerana masih hidup setelah jatuh terhempas ke sebuah batu.
Kata Shane, beliau cuba terjun dengan 'triple backflip' dan 'back somersault' namun gagal setelah badannya terkena kayu sebelum jatuh terhempas.
"Doktor kata saya bernasib baik kerana tidak lumpuh, dan saya betul-betul bersyukur," kata Shane kepada Metro UK.
Shane juga berterima kasih kepada kawan-kawannya yang datang menolong walaupun bertindak lambat.
"Bila mahu terjun dari terbing (air terjun) anda tak boleh terus terjun kerana mungkin mendarat di atas kepala atau badan orang lain.
"Jika anda buat juga (untuk menyelamatkannya) anda mungkin akan cedera parah seperti saya," jelas Shane.
Doktor memberitahu bahawa kecederaannya mengambil masa yang panjang untuk sembuh dan Shane kini terpaksa menjalani rawatan terapi secara intensif.
0 comments:
Post a Comment