Galicia - Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy ditumbuk dimuka semasa kempen pilihanraya umum di daerahnya di Galicia semalam, lapor stesyen televisyen tempatan yang merakamkan insiden itu.
Perdana menteri yang berusia 60 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan namun jurucakap Parti Rakyat berkata, Rajoy hanya mengalami kesan merah dimukanya.
Seorang lelaki muda menumbuk bahagian sisi muka Rajoy sehingga menyebabkan cermin matanya tertanggal ketika sedang berjalan di bandar Pontevedra.
Menurut polis penyerang berkenaan berjaya ditahan.
"Saya baik dan dalam perjalanan ke perhimpunan di Coruna," tulis pemimpin itu dilaman Twitter miliknya dipetik Reuters.
0 comments:
Post a Comment