Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 18, 2015

[BENTONG] SEGERA KEMAS KINI BORANG BR1M


BR1M


Masih ramai kalangan masyarakat Felda Lurah Bilut belum mengemas kini borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) meski pun tarikh akhirnya adalah pada hujung bulan ini.

Ketua MCA Cawangan Lurah Bilut, Yip Seng Lam berkata, tahun lalu, sekitar 250 penerima hadir ke rumahnya untuk mengemas kini borang.

”Namun kali ini, jumlah yang datang tidak seperti tahun lalu, mungkin sebab masih ramai yang tak tahu perkara ini.

“Mungkin ramai yang sangka mereka tidak perlu kemas kini kerana telah ada data, namun kerajaan memerlukan data ini bagi mengenal pasti sama ada penerima masih ada atau sudah tiada,” katanya.

Menurutnya, beliau menyediakan khidmat menguruskan borang BR1M bertujuan memudahkan masyarakat setempat terutama untuk warga emas yang buta IT atau sudah tidak mampu berjalan jauh.

“Setakat ini, ramai yang datang kepada saya adalah kalangan masyarakat Cina. Melayu dan India masih kurang.

“Saya harap mereka dapat jumpa atau hubungi saya melalui talian 016-9865503,” katanya.

Beliau berkata, pemohon hanya perlu membawa kad pengenalan, akaun bank, kad pengenalan waris selain mengingati jumlah tanggungan dan nombor telefon untuk dihubungi.

“Saya boleh bantu tidak kira kaum selain memudahkan warga emas tanpa perlu menaiki bas ke bandar. Boleh datang ke rumah saya sekitar jam 6 hingga 7 petang.

“Jika ada masalah boleh hubungi saya dan jika saya ada di rumah, saya akan beri perkhidmatan terbaik,” katanya.

Beliau berharap masyarakat prihatin dan mengambil tindakan segera selain memaklumkan kepadanya jika masih ada warga emas yang belum mengemas kini borang.

“Kita tidak mahu nanti timbul masalah mereka yang sepatutnya layak, tidak menerima bantuan terbabit tahun hadapan,” katanya.


0 comments:

share2