Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 21, 2015

PENIAGA VAPE KELIRU



Kuala Lumpur: Rata-rata peniaga rokok elektronik atau vape tidak bersetuju dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak mahu mengeluarkan lesen perniagaan kepada mereka.

Seorang peniaga dikenali sebagai Shah, 34, berkata, mereka keliru dengan tindakan sesetengah negeri mengharamkan vape, manakala kerajaan Melaka membenarkan penggunaan dan penjualan vape di negeri itu.

“Kami keliru dan masih dalam dilema, kenapa mesti ada birokrasi seperti ini dengan sesetengah negeri membenarkan dan yang lain mengharamkan.

“Mohon kerajaan beri garis panduan yang betul kepada peniaga vape yang melabur ratusan ribu untuk membuka perniagaan ini, bantu kami dan jangan sesekali bertindak tidak berperikemanusiaan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, walaupun baru beroperasi lima bulan, namun modal yang dikeluarkan RM50,000 masih tidak mendapat pulangan.





0 comments:

share2