Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 26, 2015

KENAPA TIDAK DUDUK DALAM NGO?


 Abu Bakar Yahya


Shah Alam - Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menjadi payung kepada orang Melayu, Islam untuk memperbetulkan situasi dalam sesuatu isu.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, fungsi Perkasa sebagai NGO adalah sentiasa mendesak kerajaan untuk membela nasib orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

“Kalau dalam politik, orang yang ada jawatan susah nak bercakap. Why not (Kenapa tidak) kita duduk dalam NGO dan kita 'henjut' sahaja,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

Menurut Abu Bakar lagi, sebelum ini, pihaknya sudah membuktikan bahawa mereka mampu menjadi sebuah NGO yang mempertahan dan memelihara kedaulatan negara.

Ia dibuktikan dengan isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Bible yang pernah menjadi kontroversi dahulu.

“Kenapa tidak (suara Perkasa berfungsi sebagai kuasa penggerak)? Pihak kami sudah buktikan dengan isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible dahulu.

“Kami buat bantahan, kami buat serahan memorandum dan macam-macam lagi. Dan akhirnya atas desakan kami dan pelbagai pihak lagi, mahkamah akhirnya tidak benarkan kalimah ALLAH itu diguna dalam Bible," ujar beliau lagi.


0 comments:

share2