Kuala Lumpur - Kumpulan bekas penjawat awam, G25 adalah ancaman terbaharu kepada ikatan perpaduan bangsa dan agama.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Sik, Mahadzir Abdul Hamid berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan jurucakap G25, Noor Farida Ariffin yang mengatakan individu yang melakukan khalwat di dalam rumah persendirian tidak patut tangkap dan disabit bersalah.
Menurut Mahadzir lagi, pendapat tersebut bukan sahaja mengelirukan masyarakat umum, malah turut mengancam keselamatan perpaduan agama Islam.
"Kita dilanda pelbagai isu dalam negara. Agama diancam oleh pelbagai masalah hari ini. Dulu masalah Alvin Tan, yang terbaharu, isu kumpulan G25 mengeluarkan kenyataan khalwat yang dilakukan di rumah tidak patut ditangkap," katanya ketika menyampaikan usul agama pada Perhimpunan Agung Umno 2015, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Tambahnya, kerajaan perlu mengambil langkah segera bagi mengatasi isu-isu sensitif berkaitan agama dan perpaduan rakyat.
"Jangan biar masalah sebegini lama-lama dalam negara, tak kan nak tunggu orang Melayu melatah, mengamuk, baru nk ambik tindakan," katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment