Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 21, 2015

DIPENJARA KERANA MASUKKAN BAYI DALAM KETUHAR PANAS

Ibu 'masak' bayi dalam ketuhar 5 minit



SACRAMENTO - CALIFORNIA. Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh bayinya yang berusia satu bulan dengan ketuhar gelombang mikro.

Ka Yang, 34, didakwa bertindak kejam dengan menyumbat dan memanaskan Mirabelle Thao-Lo di dalam ketuhar gelombang mikro selama lima minit.

Akibat daripada tindakan ibunya, Thao-Lo dilaporkan mengalami kecederaan parah pada organ dalamannya dan mati ditempat kejadian.

Semasa kejadian, Yang mendakwa jatuh pengsan dan hanya sedar tentang keadaan anaknya yang cedera parah sebaik sahaja dia tersedar.

Laporan perubatan mengesahkan bahawa Yang mengalami serangan epilepsi, bagaimanapun petugas perubatan yang tiba di tempat kejadian mendakwa Yang tidak mengalami sebarang serangan dan berada dalam keadaan sedar sepenuhnya.

Memetik laporan portal antarabangsa, Metro.co.uk, Yang mempunyai tiga orang anak




0 comments:

share2