Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 27, 2015

[BENTONG] FIESTA BAKAT MUDA BENTONG MENARIK MINAT ANAK MUDA


Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong telah menganjurkan program Fiesta Bakat Muda Bentong yang berlangsung di Hentian Raya Bentong. Program ini bertujuan mempromosikan Rakan Muda yang telah diperkenalkan semula oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada bulan Februari yang lalu.






Di dalam Rakan Muda yang baru ini, para belia boleh mengadakan sesuatu program menurut minat mereka sendiri dan mereka boleh mendapatkan dana melalui Kementerian Belia dan Sukan.



Program Fiesta Bakat Muda Bentong ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Majlis Perbandaran Bentong, Mohammad Shahid bin Ismail. Di dalam ucapan beliau, tuan Mohammad Shahid bin Ismail memuji langkah yang diambil oleh Pejabat Belia dan Sukan Bentong dalam mengadakan program sebegini kerana ianya mampu menarik dan menyatukan para belia serta menggalakkan belia melakukan aktiviti yang berfaedah.

0 comments:

share2