Pejabat Penerangan Daerah Bentong telah menganjurkan satu program yang dinamakan Bicara Bajet 2016 Peringkat Daerah Bentong 2015. Program ini dianjurkan bersama Majlis Belia Daerah Bentong, Biro Ekonomi Pemuda UMNO Bahagian Bentong serta SRCC Parlimen Bentong.
Program ini dihadiri oleh orang ramai termasuk wakil wakil NGO, para belia serta ketua jabatan kerajaan. Program ini diadakan bertujuan memberikan penerangan kepada masyarakat mengenai bajet 2016 yang telah diluluskan oleh Parlimen baru baru ini.
Di dalam program ini, penerangan mengenai bajet 2016 telah disampaikan
oleh En Mohd Lokman bin Mahmud, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan
Negeri Pahang. Selain itu, beberapa soalan juga telah diajukan oleh hadirin mengenai bajet 2016 serta masalah masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama berkaitan dengan GST.
Selain menerangkan mengenai isu bajet 2016, beliau juga menyeru kepada mereka yang hadir supaya bersama sama membantu kerajaan dengan melaporkan kepada KPDNKK mengenai peniaga peniaga yang sengaja menaikkan harga dan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
0 comments:
Post a Comment