Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 17, 2015

ANDIK NAFI KONTRAK RM3 JUTA


Andik Vermansyah


Pemain sayap lincah Selangor, Andik Vermansyah menafikan laporan laman sosial kononnya menerima bayaran lumayan sebanyak RM3 juta apabila melanjutkan kontrak bersama pasukan Merah Kuning sehingga Disember 2017.

Bintang asal Jember, Jawa Timur, Indonesia itu mendapat liputan meluas di negaranya selepas membantu Red Giants melunaskan ‘Misi 33’ yang tertangguh hampir sedekad.

"Tidak benar. Laporan mengenai RM3 juta itu tipu belaka," katanya enggan mendedahkan nilai sebenar kontrak ketika dihubungi kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Andik meluahkan kelegaan apabila dapat meneruskan perjuangan untuk pasukan Liga Super Selangor musim hadapan.

"Alhamdulillah. Saya kekal di Selangor," katanya.

Untuk trivia, kontrak terbaharunya itu akan berakhir pada Disember 2017 sekali gus melebarkan tempoh sehingga empat tahun sejak pemain yang diberi jolokan Messi Indonesia tersebut menyertai Selangor pada Disember 2013.


0 comments:

share2