Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 10, 2015

'ZAID JAHIL UNDANG-UNDANG'


Tan Sri Khalid Abu Bakar


Shah Alam – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai jahil undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tulisan Zaid di blognya bertajuk Stop Humaliating Tun M yang disiarkan, semalam.

Menerusi blog tersebut, Zaid mendakwa bahawa undang-undang jenayah fitnah digunakan pihak polis untuk memaksa dan menyekat kebebasan rakyat bersuara. ‎

Zaid turut berkata, undang-undang tersebut sudah ketinggalan dan perlu dimansuhkan.

“Nampaknya Zaid, jahil undang-undang. Eloklah dia merujuk kepada peguam-peguam beliau, apa makna fitnah dan undang-undang apa yang diperuntukkan kepada mereka yang membuat fitnah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pada masa sama, Khalid turut membidas kenyataan Zaid yang disifatkan sebagai tidak benar sama sekali.

0 comments:

share2