Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 6, 2015

SOROTAN TEKS AKHIR PERJANJIAN TPP


TPP


Kuala Lumpur - Berikut ialah sorotan teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans-pasifik yang dikeluarkan di sini, semalam. Teks TPPA akan dibahaskan di Parlimen pada Januari atau awal Februari tahun depan. 

* Hak kedaulatan - Malaysia tidak akan hilang hak kedaulatan di bawah TPP; 

* Kerajaan akan mengekalkan hak untuk mengawal selia kepentingan awam, termasuk langkah-langkah yang diambil untuk melindungi manusia, tumbuhan dan
haiwan dan keselamatan negara; 

* Perlindungan Data Farmaseutikal - Kerajaan bersetuju meluaskan perlindungan data kepada produk biologic, untuk memberi layanan tanpa diskriminasi. Biologic merujuk kepada ubatan bukan kimia yang dihasilkan menggunakan proses bioteknologi; 

* Kemasukan buruh asing - Malaysia akan mempunyai hak untuk mengawal kemasukan buruh asing berdasarkan kepada keperluan industri, mengutamakan peluang pekerjaan bagi pekerja tempatan; 

* Pemerolehan Kerajaan - 30 peratus diperuntukkan bagi kontraktor Bumiputera dalam perkhidmatan pembinaan yang terbuka kepada anggota TPP; 

* Pemerolehan Kerajaan - Bagi perkhidmatan pembinaan yang tidak terbuka bagi anggota TPP, keutamaan Bumiputera sekarang akan dikekalkan; 

* Di bawah TPP, produk dan pembekal negara-negara TPP akan menerima layanan yang sama seperti produk dan pembekal tempatan; 

* Begitu juga, produk dan pembekal Malaysia akan diberikan layanan yang sama apabila mereka menyertai pemerolehan kerajaan negara-negara TPP lain. 

* Perusahaan Milik Negara - Perusahaan Milik Negara akan mempunyai fleksibiliti untuk memberikan keutamaan kepada pembekal Bumiputera dan PKS sehingga 40 peratus daripada pembelian tahunan mereka; 

* Perkhidmatan dan Pelaburan - Malaysia akan mengekalkan dasar semasa dan mengguna pakai dasar baharu berkaitan dengan kebimbangan Bumiputera menerusi pengeluaran lesen/permit baharu dan tambahan dalam pelaburan dan perkhidmatan; 

* PKS akan mempunyai akses ke pasaran yang lebih liberal di bawah TPP bagi eksport mereka; 

* TPP akan menyediakan akses keutamaan bagi barangan dan perkhidmatan dari Malaysia ke empat pasaran perjanjian perdagangan bebas 'baharu', iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru. 

* PKS akan mendapat manfaat menerusi penyertaan dalam rantaian bekalan serantau kerana lebih banyak input akan didapatkan daripada anggota TPP bagi memenuhi keperluan peraturan tempasal; 

* Malaysia akan mendapat kelebihan daya saing berbanding pesaing serantau lain dalam mengeksport produk contoh produk elektrik dan elektronik, produk kimia dan produk minyak sawit; 

* Malaysia akan menghapuskan duti import bagi hampir 85 peratus produk diimport dari negara-negara TPP selepas perjanjian dikuatkuasakan: 

* Mekanisme penyelesaian pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) - bagi Malaysia, ISDS tidak terpakai bagi tempoh 3 tahun selepas penguatkuasaan bagi projek pemerolehan kerajaan di bawah had yang ditetapkan.


0 comments:

share2