Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 26, 2015

'SANDING' KALI KEDUA DI SEKOLAH


'Sanding' kali kedua di sekolah


Pontian - Dua guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Benut di sini, yang bersara serentak diraikan dengan keunikan budaya masyarakat Jawa oleh 225 murid serta guru sekolah terbabit.

Guru berkenaan, Samsiah Ahmad, 56, dan Hasmah Jufri, 55, diarak dengan menaiki kereta dan bersanding bersama pasangan masing-masing atas pelamin hasil cetusan guru-guru sekolah berkenaan.

Lebih menarik lagi apabila guru wanita turut mengenakan kain batik Jawa manakala guru lelaki memakai blangkon iaitu penutup kepala khas.

Menurut Samsiah, beliau tidak menyangka diraikan dalam suasana cukup meriah sekali gus akan menjadi kenangan terindah dalam hidupnya.

"Saya tak sangka, rakan-rakan guru dan murid-murid bersungguh-sungguh mengadakan majlis cukup istimewa ini pada hari terakhir selepas berkhidmat sebagai guru selama 35 tahun," katanya.

Ibu kepada lima cahaya mata ini berkata, dia amat bersyukur dapat mencurahkan bakti mendidik anak bangsa yang juga cita-citanya sejak kecil lagi.

Justeru itu, beliau berharap agar warga sekolah dapat meneruskan kecemerlangan terutamanya dalam pendidikan pra sekolah.

"Ini penting dalam pendidikan asas murid-murid sebelum mereka melangkah ke darjah satu.

"Saya menganggap pelajar pra sekolah seperti cucu saya sendiri dan ia merupakan kenangan manis apabila berpeluang mengajar hampir empat generasi pelajar di sini," katanya.

Sementara itu, Hasmah yang sudah 33 tahun menjadi guru memberitahu, beliau bangga melihat kejayaan murid-muridnya yang kini berjaya dalam pelbagai bidang.

"Saya tak sangka sambutan diberikan cukup meriah," katanya.

0 comments:

share2