Majoriti lelaki memang suka letak dompet di poket seluar belakang. Abang Ohsem pun macam tu. Malas nak bawa pouch bag macam sesetengah orang.
Anda sedar tak amalan begitu sebenarnya boleh datangkan bahaya.
Dompet tersebut boleh menyebabkan sakit pada belakang dan punggung, malah kadang-kala sehingga ke kaki. Benarkah semua ini disebabkan angkara dompet?
Kes seperti ini pernah disebut dalam "The New England Journal of Medicine" pada tahun 1966. Ketika itu, mereka yang berkemampuan sudah mula menggunakan kad kredit.
Artikel dalam jurnal tersebut melaporkan tentang seorang peguam yang mengalami sakit kaki kiri yang bermula dari kawasan tidak jauh dari kedudukan dompetnya.
Satu lagi, dalam kes dompet penyebab sakit belakang, ia disebut sebagai 'Piriformis Syndrome.' Otot Piriformis adalah satu otot yang terdapat di bahagian punggung manusia.
Jika kita duduk terlalu lama dan dompet terkena atau menekan otot Piriformis, ia boleh mengakibatkan kekejangan dan menekan saraf sciatic, iaitu sejenis saraf utama yang bersambung dari bahagian hujung saraf tunjang hingga ke paha dan di atas lutut.
Bila saraf sciatic ditekan, ia menyebabkan kita terasa sakit belakang dan rasa sakit itu boleh turun hingga ke kaki.
Difahamkan masalah ini akan hilang jika kita meletakkan objek besar pada poket belakang seperti dompet atau sapu tangan yang tebal. Sakit masih berterusan walaupun dah tak letak apa-apa di poket belakang?
Pergilah berjumpa doktor untuk dapatkan pemeriksaan lanjut kerana bimbang ada penyebab lain.
* Panduan ini diterangkan oleh Doktor Shaharom Sulaiman dari Klinik Thalia, Kuantan Pahang.
0 comments:
Post a Comment