Kanser merupakan satu penyakit yang menjadi pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.Menyedari tentang bahayanya penyakit kanser ini peranan memberikan kesedaran masyarakat tidak harus dipikul oleh kerajaan sahaja sebaliknya NGO juga mempunyai tanggungjawab tersendiri.
YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Penegrusi Pembangunan Wanita Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang |
Pengerusi PUSPANITA Daeran Maran Datin Sharipah Noraihan menerima cek Sumbangan dari Bendahari PUSPANITA Kebangsaan |
"NGO perlu tampil kehadapan dengan mempelbagaikan program bukan sahaja dikalangan ahli tetapi segenap lapisan masyarakat.Bagi tujuan itu NGO boleh bekerjasama dengan pihak kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dengan melibatkan penyertaan JKK dikampung kampung agar segala maklumat dapat disalurkan berkaitan kesedaran kanser khususnya wanita."ujar YB Dato'Shahaniza binti Hj Shamsuddin Pengerusia Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang dimajlis perasmian Program Kesedaran Kanser Untuk Wanita yang dianjurkan oleh PUSPANITA Daerah Maran di Dewan Jubli Perak Maran Pahang.
Sempenan bulan Oktober yang juga merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara,PUSPANITA Daerah Maran mengambil inisiatif mengadakan program ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini.
Kebanyakan orang tahu penyakit ini tetapi tidak mengambil langkah awal untuk mengesan penyakit ini.
Bagi wanita,mereka boleh melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara(PSS) setiap bulan dan menggalakkan rakan-rakan dan yang tersayang turut serta berbuat demikian.
Bagi kaum lelaki sebarkan kesedaran melalui perkongsian maklumat dengan rakan rakan wanita dan keluarga.
Mencari tanda-tanda awal kanser payudara amat penting kerana iamemberi lebih banyak pilihan rawatan dan peluang yang lebih tinggi untuk terus hidup.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Datin Sri Dato Jamaliah binti Zainal Abidin,Pengerusi PUSPANITA Negeri Pahang dan Pengerusi PUSPANITA Caw.Daerah Maran Datin Sharipah Norraihan binti Syed Agel.
Program ini turut mendapat kerjasama Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kuantan serta Pejabat Kesihatan Daeran Maran
0 comments:
Post a Comment