Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 19, 2015

RANGKA ADA KAITAN DUA REMAJA HILANG 2013


Rangka ada kaitan dua remaja hilang 2013


Kota Bharu – Dua rangka manusia yang ditemui di tali air Kampung Pak Keral, Tumpat, malam Isnin lalu dipercayai ada kaitan dengan kes orang hilang yang dilaporkan pada 2013.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan awal polis menjurus kepada kes kehilangan dua remaja perempuan itu, namun ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) tetap dijalankan bagi mengesahkan identiti rangka terbabit.

“Pada Mei, 2013, ada satu kejadian dua orang dilaporkan hilang selepas keluar rumah dengan menaiki motosikal untuk ke kedai runcit pada jam 11 malam.

“Mereka tiba-tiba hilang dan berkemungkinan berlaku kemalangan hingga masuk ke tali air tersebut, bagaimanapun itu hanya siasatan awal dan memerlukan bukti DNA,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini.

Menurutnya, motosikal mereka sudah ditemui lebih awal, namun tiada saksi yang nampak kejadian mereka jatuh dalam tali air sebelum rangka yang bertaburan itu ditemui pekerja pembersihan yang mengorek tali air sebagai persiapan menghadapi banjir.

Pada jam 7 malam, 16 November lalu, penduduk digemparkan dengan penemuan serpihan tulang serta korset yang terangkat bersama rumput ketika kerja menggali dengan menggunakan jengkaut. Pada mulanya disangka tulang binatang sebelum mendapati ia seperti tangan manusia lalu menghubungi polis.

Semalam, keluarga salah seorang mangsa hilang memberitahu masih awal untuk mengaitkan serpihan tulang itu milik Nur Zalila Ibrahim, 12, yang didakwa dilarikan seorang wanita berperwatakan lelaki dipanggil Along, dua tahun lalu.

Darah ibu mangsa, Rokiah Awang, 46, juga diambil untuk dilakukan ujian DNA yang akan diketahui sedikit masa lagi. Keluarga itu juga mengesahkan motosikal jenis Honda EX-5 berwarna merah yang ditemui di dasar tali air tidak jauh dari tempat penemuan rangka pada Ogos lalu adalah milik mereka.


0 comments:

share2