Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 23, 2015

PELAJAR PEREMPUAN 'HANYUT' DI HOTEL


dadah


Kuala Lumpur - Akibat terpengaruh dengan najis dadah, dua pelajar perempuan sanggup datang ke sebuah hotel untuk menghilangkan ketagihannya.

Bertindak atas maklumat dan risikan, sebuah hotel bajet di Cheras diserbu kira-kira jam 2.30 pagi, Jumaat lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Cheras, Asisten Superintendan Mohd Ashril Md Johar berkata, pihaknya telah mengetuk beberapa kali pintu sebuah bilik di hotel tersebut sebelum dibuka oleh seorang lelaki.

Menurutnya, anggotanya yang memperkenalkan diri sebagai polis kemudian masuk ke dalam bilik tersebut untuk menjalankan pemeriksaan.

“Memeranjatkan, kita dapati terdapat dua pelajar perempuan berusia 15 tahun bersama dengan empat lelaki.

“Semakan mendapati, dua pelajar berkenaan baru sahaja mengenali kesemua lelaki tersebut dan baru sahaja terlibat dalam penyalahgunaan dadah,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui satu tiub straw mengandungi dadah disyaki syabu di dalam bilik tersebut.

Katanya lagi, hasil ujian air kencing mendapati kesemua mereka didapati positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


0 comments:

share2