Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 28, 2015

PDRM AKAN KE THAILAND MINGGU DEPAN SIASAT JUSTO


Isu 1MDB: Bekas pekerja PetroSaudi ditahan polis


Kuala Lumpur - Polis Diraja Malaysia akan menghantar pegawainya ke Thailand bagi menyoal siasat Xavier Andre Justo berhubung siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis Thailand telah bersedia untuk menerima kehadiran polis Malaysia untuk menyiasat kes berkenaan.

"Mereka (Polis Thailand) telah bersedia untuk menerima pegawai kita dan akan menyoal siasat Justo," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Justo, 49, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan di Thailand pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi sebanyak 2.5 Juta Swiss Frane (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen yang dicuri daripada syarikat berkenaan.

Kes Justo menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dilakukan antara PetroSaudi dan 1MDB. 

Mengenai kes pertemuan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar dengan anak bekas ketua kumpulan pengganas Sulu, Jacel Kiram II, Khalid berkatapihak polis juga akan memanggil Anggota Parlimen Batu, Tian Chua bagi membantu siasatan kes itu.

"Semalam kita telah merakamkan percakapan daripada Nurul Izzah di Bukit Aman. Selepas ini kita akan memanggil Tian Chua pula untuk membantu siasatan dalam tempoh terdekat.

"Kita akan teruskan siasatan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana percubaan sabotaj," katanya.

Terdahulu beliau menghadiri Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor Siri 2/2015 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis di sini.

Seramai 419 pelatih yang menjalani Latihan Asas Kadet Inspektor pada siri itu selama sembilan bulan telah tamat latihan berkenaan.


0 comments:

share2