Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 28, 2015

[BERA] TERGAMAM LELAKI MASUK BAWA PARANG


Tergamam lelaki masuk bawa parang


Seorang kakitangan kedai serbaneka 24jam di sini tergamam apabila seorang pelanggan lelaki sambil memegang parang secara tiba-tiba memasuki kawasan kaunter semasa pembayaran dibuat.

Menurut salah seorang kakitangan (yang enggan dikenali), lelaki itu memasuki kedai tersebut kira-kira jam 6 pagi semalam dan berlagak seperti pelanggan yang seolah-olah mahu membeli barang.

“Kemudian, dia ke kaunter untuk membeli tambah nilai (top up), dan semasa pembayaran dan peti tunai dibuka, dia secara tiba-tiba memasuki kawasan kaunter.

“Kakitangan yang jaga kaunter pada ketika itu tergamam, dan menjauhi lelaki itu kerana bimbang apabila melihat parang di tangannya.

“Lelaki itu hanya berpakaian kasual dengan seluar jeans dan baju-T, berselipar dan memakai topi yang berumur dalam 20-an dan bukan orang tempatan,” katanya.

Menurut sumber, lelaki itu berjaya melarikan wang tunai kurang dari RM100 dan lebih kurang 20 kotak rokok.

Katanya, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sejak kedai itu dibuka setahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan, Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

“Suspek bersenjatakan parang semasa kejadian, namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.


0 comments:

share2