Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 29, 2015

PAHANG MARA KE SEPARUH AKHIR


 Zainal Abidin Hassan

Juara bertahan, Pahang mengesahkan tiket ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2015, menyingkirkan Lions XII menerusi agregat, 4-3 malam tadi.

Dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Jalan Besar, pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan itu tewas, 2-0.

Bagaimanapun, kemenangan Lions itu masih belum cukup untuk menyekat laluan skuad Tok Gajah ke pusingan sepauh akhir.

Sebelum ini, Pahang menundukkan skuad bimbingan Fandi Ahmad, 4-1, di Stadium Darul Makmur.


0 comments:

share2