Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 25, 2015

PADAH GUNA COP IMIGRESEN PALSU


Padah guna cop Imigresen palsu


Bukit Kayu Hitam - Seorang wanita warga Thailand ditahan Jabatan Imigresen di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), semalam kerana didapati memiliki cop keselamatan Imigresen palsu.

Pengarahnya, Mohamad Yusri Hashim berkata, pihaknya menahan wanita warga Thailand berkenaan ketika pemeriksaan Imigresen di kaunter laluan motosikal untuk keluar ke Thailand.

Menurutnya, ketika pemeriksaan ke atas pasport wanita itu, pegawai Imigresen yang bertugas mendapati ada keraguan pada cop keselamatan Imigresen bertarikh 26 Oktober lalu yang dikeluarkan di ICQS Bukit Kayu Hitam.

“Melalui kenyataan dan semakan dokumen, wanita itu keluar dari negara ini menuju Thailand pada 24 Oktober lalu memandangkan tempoh pas lawatan yang dikeluarkan kepadanya tamat pada tarikh tersebut," katanya.

Beliau berkata, wanita berumur 28 tahun itu merupakan pemegang pas lawatan sosial jangka panjang dan isteri kepada warga tempatan.

Jelasnya, hasil soal siasat terhadapnya, dia menyatakan cop keselamatan Imigresen yang bertarikh 26 Oktober lalu itu diperoleh daripada seseorang yang menawarkan khidmat tersebut semasa di Thailand dengan bayaran sebanyak RM300.

"Wanita itu ditahan pada 23 November lalu, jam 4 petang selepas pemeriksaan ke atas pasport miliknya didapati terdapat cop keselamatan Imigresen palsu dan akan disiasat mengikut Seksyen 56(1) (I) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002)," katanya.

Wanita itu dibawa ke lokap Imigresen, Bangunan Kemeterian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan lanjut sebelum diserah kepada Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik.


0 comments:

share2