Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 26, 2015

NGO BANTU PELARIAN SYRIA BUKAN PENYOKONG IS


NGO bantu pelarian Syria bukan penyokong IS


Shah Alam - Pengerusi Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA), Mustapa Mansor menafikan bantuan kemanusiaan yang diberikan kepada pelarian di Syria merupakan kumpulan penyokong IS.

"Kita pergi ke sana (Syria) bukan untuk mengangkat senjata, sebaliknya memberi bantuan kemanusian kepada rakyat Syria yang terjejas.

"Jika tiada NGO yang mahu memberi bantuan, apa yang akan terjadi kepada saudara sesama Islam kita di sana?" katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Online.

Katanya lagi, masih ada kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia yang menganggap sesiapa yang memberi bantuan kepada rakyat yang tertindas di mana-mana sahaja dilihat sebagai negatif bukannya positif.

"Satu tuduhan yang sangat hina ialah seoalah-olah apabila kita buat kerja kemanusiaan kita akan dilihat sebagai kelompok yang tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik, dan ini salah sama sekali," katanya.

Tambah Mustapa, wakil Malaysia yang akan berangkat ke Syria hari ini bukan sahaja memberi bantuan kemanusiaan tetapi turut akan memberi maklumat terkini serta gambaran sebenar apa yang berlaku.

MaSSSA bersama gabungan NGO Asean menjalankan Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian di Syria dengan memberi bantuan RM200,000 untuk keperluan musim sejuk seperti pakaian, makanan dan pemanas.

Sementara itu, seorang sukarelawan MaSSA, Azzam Nor Akma yang turut berangkat ke Syria akan bergabung dengan NGO Peduli Muslim dari Indonesia dan Media Radio Rodja Jakarta akan menjalankan misi selama 6 minggu bermula 25 November hingga akhir Disember 2015.


0 comments:

share2